• home

Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri (PSH) - 19 Jun 2013

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia bagi mengisi jawatan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:-

Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
Kementerian/Jabatan : Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri
Kumpulan Perkhidmatan Sementara
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jumlah Kekosongan : 6 jawatan
Kadar Upah : RM54.00 sehari
Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi tiga (3) bulan mulai tarikh ditetapkan.
Elaun : Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri (sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan) mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Waktu Bekerja : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

Kelayakan:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis (resume) ke alamat:

Ketua Pengarah
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Jabatan Perdana Menteri
Seksyen Khidmat Korporat & ICT
Aras 2, Menara Usahawan
Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
(U/P : Unit Sumber Manusia)

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah di tanda �Pekerja Sambilan Harian� di sebelah kiri atas sampul surat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Jun 2013;
Semua maklumat yang diisi hendaklah ditulis dengan jelas;

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan sijil tamat persekolahan yang telah disahkan; dan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sumber iklan

Jabatan Perdana Menteri

Jawatan Kosong di Jabatan Perdana Menteri (JPM) - TERBUKA

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di JPM sebagai :-


1. Pengawal Keselamatan KP11
2. Pemandu Kenderaan R3
3. Penghantar Notis N3
4. Pekerja Awam R1
5. Pembantu Am Pejabat N1

Permohonan hendaklaah dibuat secara online laman sesawang JPM.


Tarikh tutup permohonan : TERBUKA
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan



Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Jawatan Kosong (PSH) di Jabatan Perdana Menteri - 5 April 2013

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri seperti berikut :

Pekerja Sambilan Harian (PSH)

1- Jurutera Awam Gred J41

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN

KADAR UPAH: RM100.00 sehari

SYARAT LANTIKAN:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejuruteraan awam (bangunan/pembinaan/struktur) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
iv. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan).

CARA MEMOHON

i. Kemukakan resume yang disertakan gambar berukuran passport terkini dan juga salinan Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil LCE/SRP/PMR, Sijil MCE/SPM/SPMV, Sijil STP/STPM/STAM, Sijil Berhenti Sekolah, Ijazah Sarjana Muda beserta salinan transkrip yang lengkap setiap semester ke :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok B3
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

*Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda �Pekerja Sambilan Harian� disebelah kiri atas sampul surat
ii. Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 April 2013 (Jumaat).
iii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.



Jabatan Perdana Menteri

-->