• home
Home » , , , , , » Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri (PSH) - 19 Jun 2013

Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri (PSH) - 19 Jun 2013

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia bagi mengisi jawatan di Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:-

Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
Kementerian/Jabatan : Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri
Kumpulan Perkhidmatan Sementara
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Jumlah Kekosongan : 6 jawatan
Kadar Upah : RM54.00 sehari
Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi tiga (3) bulan mulai tarikh ditetapkan.
Elaun : Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri (sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan) mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Waktu Bekerja : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan.

Kelayakan:
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis (resume) ke alamat:

Ketua Pengarah
Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Jabatan Perdana Menteri
Seksyen Khidmat Korporat & ICT
Aras 2, Menara Usahawan
Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
(U/P : Unit Sumber Manusia)

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah di tanda �Pekerja Sambilan Harian� di sebelah kiri atas sampul surat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Jun 2013;
Semua maklumat yang diisi hendaklah ditulis dengan jelas;

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan sijil tamat persekolahan yang telah disahkan; dan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sumber iklan

Jabatan Perdana Menteri

-->